CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, September 4, 2008

ANTARA PEMBUNUH PALING KEJAM DI DUNIA


Kita boleh dapati buku Killing Pablo (ditulis oleh Mark Bowden) setebal 360 muka surat yang mengisahkan tentang pemburuan raja dadah nombor satu dunia dari Columbia, Pablo Escobar. Sewaktu zaman kemuncaknya sekitar 80-an dan 90-an, nama Pablo Escobar disebut sebut kerana kekayaan dan juga jenayah yang dilakukannya sewaktu menjadi raja dadah, sehinggalah dia ditembak mati sehari selepas menyambut hari jadinya, iaitu pada 2 Disember 1993. Kerana sudah lama tidak membaca, saya membelek sekali lagi buku tersebut dan mendapati ada beberapa perkara menarik yang mungkin boleh dikongsi bersama.



Pablo Escobar dilahirkan di pada 1 December 1949 di Bogota, Columbia, bandar yang kaya dengan sumber asli tetapi penuh dengan pergolakan politik. Pada waktu Pablo dilahirkan, Bogota dilanda kemelut yang amat teruk di mana pembunuhan kejam berlaku hampir setiap hari di jalanan. Kemelut pertumpahan darah ini digelar La Violencia. Jalan jalan dipenuhi oleh penjenayah dan pembunuh yang meninggalkan ‘tandatangan’ sendiri setelah membunuh mangsa dengan kejam. Antaranya ialah menebuk leher mangsa dan menarik lidah mangsa ke bawah menjadikannya seperti tali leher, menyiat luka mangsa dari perut hingga ke kepala, serta memotong dan menyumbat kemaluan mangsa lelaki di dalam mulut.


  • Sewaktu beliau kecil lagi Pablo berhadapan dengan ancaman bunuh oleh penjenayah penjenayah kejam tanpa siapa pun yang menyangka apabila dewasa Pablo Escabor akan menjadi penjenayah paling kejam, jauh lebih kejam dari penjenayah lain yang hidup sebelumnya dan membina empayar perniagaan terbesar di dunia di bandar Medellin, Columbia. Lebih lebih lagi Pablo dilahirkan dalam sebuah keluarga bahagia dan mempunyai ibu, yang juga seorang pendidik yang penyayang.

  • Penglibatan Pablo dalam jenayah bermula pada umur 15 tahun apabila dia sudah menjadi seorang pencuri kereta yang mahir. Kereta yang dicuri dipotong dan bahagiannya dijual. Mereka yang berani menghalangnya daripada mencuri kereta akan dibunuhnya. Kemudian bisnesnya dikembangkan dengan menawarkan perlindungan kepada pemilik kereta supaya tidak dicuri. Jadi Pablo mendapat habuan dari kereta yang dicuri dan juga yang tidak dicuri. Sewaktu remaja Pablo membunuh mangsa dengan tangannya sendiri tetapi apabila organisasinya bertambah besar, tugas membunuh dipertanggungjawabkan kepada hitman.

  • Pablo juga mempunyai kelebihan luar biasa yang meletakkan beliau setaraf dengan outlaw kejam di Amerika seperti Al Capone dan Bonnie & Clyde iaitu berada dalam keadaan yang amat tenang dan rileks sewaktu berada di saat cemas dan bahaya. Dia pernah merompak sebuah bank seorang diri dan sewaktu kerani bank memasukkan wang di dalam kantungnya dia sempat berbual bual dan berjenaka dengan kerani tersebut.

  • Satu lagi ciri menarik yang ada pada Pablo Escobar ialah kecintaannya terhadap kebersihan, terutamanya bilik air dan tandas. Pelik. Tetapi itulah hakikatnya. Dia sukakan bilik air yang bersih dan setiap penginapannya dilengkapi dengan bilik air yang luas, bersih dan mempunyai fasiliti seragam. Malah, setiap kali Pablo bertukar lokasi persembunyian sewaktu diburu, dia akan memastikan tandas yang disediakan adalah baru, bersih dan teratur. Polis dan askar yang memburunya akan mengetahui sama ada Pablo bersembunyi di situ dengan memeriksa keadaan tandas dan bilik air. Jika bersih dan mempunyai fasiliti lengkap, pasti dia pernah ada di situ.
    Walaupun suka berfoya foya, Pablo memastikan kebahagian keluarganya dengan memberikan kemewahan dan kesenangan kepada isteri dan 2 anaknya. Dia juga cukup pantang apabila keluarganya menerima layanan tidak baik dari orang lain. Pada suatu ketika, isteri dan anak kecilnya ditahan oleh polis atas arahan General Franklin dan sewaktu ditahan, permintaan anaknya untuk mendapatkan sebotol susu ditolak. General Franklin diburu dan dibunuh sebaik sahaja isteri dan anaknya dibebaskan. Sehari sebelum Pablo dibunuh, dia juga menulis surat kepada kerajaan Columbia mengutuk dan mengecam mereka kerajaan kerana permintaan isteri dan anak anaknya untuk hidup di negara orang lain ditolak.

  • Kerana kelicikan Pablo dan sokongan rakyat, kerajaan Columbia yang dibantu pasukan perisik daripada Amerika Syarikat gagal dalam setiap usaha untuk memerangkapnya walaupun mempunyai kelengkapan risikan termasuk pemintas perbualan telefon dan helicopter canggih. Amerika menganggap Escobar sebagai musuh mereka kerana hampir kesemua dadah yang dieksport oleh Escobar dibawa masuk ke Amerika. Lalu mereka menukar taktiknya dengan membunuh orang orang kuat Pablo satu demi satu. Walaubagaimanapun, tindakan mereka menerima pembalasan dendam dari pihak Pablo. Untuk setiap orang Pablo dibunuh, mereka akan membalas dengan membunuh 2 atau 3 orang polis. Beratus ratus orang polis Columbia dibunuh dalam pemburuan berdarah itu.

  • Pihak pendakwaraya, ahli politik, ketua polis, peguam dan hakim semuanya cuba ‘dibeli’ oleh Pablo supaya berpihak kepadanya dan jika menolak, Pablo akan menghantar ‘hitman’nya untuk menghapuskan mereka. Pablo Escobar menjadi Public Enemy No. 1 selepas dia meletupkan sebuah pesawat komersial yang membawa 110 penumpang dalam usaha untuk membunuh bakal presiden Columbia, Cesar Gaviria. Kesemua 110 penumpang pesawat tersebut mati dan Pablo Escobar serta merta diumumkan sebagai penjenayah dunia paling dikehendaki di dunia. Gaviria selamat kerana tiada dalam pesawat dan kemudian dilantik menjadi Presiden.
    Pablo mula berasa terancam setelah sekumpulan ‘vigilante’ yang terdiri daripada sekumpulan rakyat yang benci akan Pablo secara diam diam tetapi berani membunuh orang orang Pablo. Kumpulan ini menamakan diri mereka Los Pepes dan setiap mangsa bunuh diberi tandatangan Los Pepes. Anggota Los Pepes terdiri daripada golongan rakyat yang tertekan, bekas rakan Pablo yang dikhianati dan bekas anggota polis dan tentera. Akibatnya semakin hari orang orang Pablo semakin berkurangan dan ini memudahkan pihak pemburunya (yang diberi nama pasukan Search Bloc). Motif pemburuan Pablo adalah mudah; iaitu Shoot to Kill.
    Pablo Escobar ditembak bertubi tubi sewaktu meluru ke arah polis dan tentera sambil menjerit “Polis motherX@XXXr!!!”. Beliau ditembak di kaki, lengan, bahu dan tembakan terakhir di kepada. Walaupun Pablo Escobar akhirnya berjaya dibunuh, usaha memerangi dan mengesannya memakan beratus ratus juta dollar Amerika dan pihak Amerika dan Columbia menanggung malu yang besar atas kegagalan mereka menjejaki Pablo selama bertahun tahun. Oleh kerana sukar mengesannya, pasukan Search Bloc yang membunuh Pablo Escobar telah menggunting misainya menjadikan rupa Pablo seperti Hitler selepas berjaya membunuhnya kerana melepaskan geram yang terbuku.

  • Berbeza dengan penjenayah lain, selain daripada ditakuti, Pablo ialah penjenayah yang disanjungi, dilindungi dan disayangi oleh rakyat. Hasil kekayaan yang diperoleh digunakan untuk memenangi rakyat kelas pertengahan. Dia membangunkan kedai, membina kelab malam, menyediakan kerja dan membina padang bola sepak untuk rakyat. Oleh kerana itulah sewaktu pengebumian Pablo telah berlaku pemberontakan besar besaran dan orang ramai berpusu pusu untuk menyentuh keranda beliau.




    Dikemuncak kekayaannya, Pablo disenaraikan sebagai lelaki ke-7 terkaya di dunia oleh majalah Forbes dengan harta persendirian merangkumi estet, rumah kedai, lapangan terbang, sejumlah kapal terbang boeing, pesawat peribadi dan tentera terlatih terdiri daripada bekas agen dan pembunuh dari Britain dan Israel. Pada waktu tersebut juga perniagaan eksport kokain milik Pablo merangkumi 80% daripada jumlah kokain yang dieksport ke seluruh dunia. Walaupun sudah 15 tahun Pablo Escobar meninggal, kuburnya tetap dikunjungi ramai dan ia menjadi tarikan pelancong yang melawat bandar Medellin di Columbia.

MY FAVOURITE LYRIC SONG'S




Flo-Rida Ft. T-Pain - Get Low


[Chorus:]Shawty had them Apple Bottom Jeans [Jeans]Boots with the fur [With the fur]The whole club was lookin at herShe hit the flo [She hit the flo]Next thing you knowShawty got low low low low low low low low
Them baggy sweat pantsAnd the Reeboks with the straps [With the straps]She turned around and gave that big booty a smack [Ayy]She hit the flo [She hit the flo]Next thing you knowShawty got low low low low low low low low
[Verse 1:]I ain’t never seen nuthin that’ll make me go,this crazy all night spendin my doughHad a million dollar vibe and a bottle to goDem birthday cakes, they stole the showSo sexual, she was flexibleProfessional, drinkin X and oooHold up wait a minute, do i see what I think IWhoaDid I think I seen shorty get lowAin’t the same when it’s up that closeMake it rain, I’m makin it snowWork the pole, I got the bank rollImma say that I prefer them no clothesI’m into that, I love women exposedShe threw it back at me, I gave her moreCash ain’t a problem, I know where it goesShe had them
[Chorus:]Apple Bottom Jeans [Jeans]Boots with the fur [With the fur]The whole club was lookin at herShe hit the flo [She hit the flo]Next thing you knowShawty got low low low low low low low low
Them baggy sweat pantsAnd the Reeboks with the straps [With the straps]She turned around and gave that big booty a smack[Ayy]She hit the flo [She hit the flo]Next thing you knowShawty got low low low low low low low low
[Verse 2:]HeyShawty what I gotta do to get you homeMy jeans full of gwapAnd they ready for ShonesCadillacs Maybachs for the sexy grownPatrone on the rocks that’ll make you moan
One stack (come on)Two stacks (come on)Three stacks (come on, now that’s three grand)What you think I’m playin baby girl
I’m the man, I’ll bend the rubber bands
That’s what I told her, her legs on my shoulderI knew it was ova, that Henny and ColaGot me like a SoldierShe ready for Rover, I couldn’t control herSo lucky oo me, I was just like a cloverShorty was hot like a toasterSorry but I had to fold her,Like a pornography posterShe showed her
[Chorus:]Apple Bottom Jeans [Jeans]Boots with the fur [With the fur]The whole club was lookin at herShe hit the flo [She hit the flo]Next thing you knowShawty got low low low low low low low low
Them baggy sweat pantsAnd the Reeboks with the straps [With the straps]She turned around and gave that big booty a smack [Ayy]She hit the flo [She hit the flo]Next thing you knowShawty got low low low low low low low low
[Verse 3:]WhoaShawtyYea she was worth the moneyLil mama took my cash,and I ain’t want it back,The way she bit that rag,got her them paper stacks,Tattoo of above ‘er crack,I had to handle that,
I was on it, sexy woman, let me showninThey be want it two in the morninI’m zonin in them rosay bottles foaminShe wouldn’t stop, made it dropShorty did that pop and lock,Had to break her off that gwapGah it was fly just like my glock
[Chorus:]Apple Bottom Jeans [Jeans]Boots with the fur [With the fur]The whole club was lookin at herShe hit the flo [She hit the flo]Next thing you knowShawty got low low low low low low low low
Them baggy sweat pantsAnd the Reeboks with the straps [With the straps]She turned around and gave that big booty a smack [Ayy]She hit the flo [She hit the flo]Next thing you knowShawty got low low low low low low low low

Sunday, August 24, 2008

PERBEZAAN TARIAN SHUFFLE DAN HIP HOP..

Tarian shuffle tidak sama seperti tarian Hip Hop, tetapi tarian Hip Hop atau Hip Hop Dance Kita dapati pergerakan Hip Hop lebih menggunakan seluruh anggota badan, manakala shuffle dseakan-akan sama seperti Street Dance atau tarian jalanan. Jadi apakah perbezaan Tarian shuffle dan juga Hip Hop.

Shuffle Dance adalah terfokus kepada gerakan kaki menyusun rentak mengikut irama lagu. Shuffle adalah salah satu daripada elemen Tap Dance. Masih ingat dengan tarian kulit kasut keras??Tap Dance adalah tarian yang berbentuk irama atau susunan muzik berdasarkan hentakan kasut ke lantai yang keras, tetapi shuffle pula adalah tarian kaki yang mengikut rentak lagu yang dipasang.

Video-video ini akan menunjukkan tarian shuffle iaitu shuffle,running,Man dan Transition.ia boleh dikatakan sebagai gabungan kepada Shuffle dan Running Man.Tarian Shuffle kini semakin popular di kalangan remaja di negara Malaysia.Video berikut adalah versi tarian shuffle iaitu Hard Style dan Jump style.

















Sunday, July 27, 2008

Another topic !!!!!

Soalan Tutorial :

Think about your chosen profession. How might computer and software enchance your productivity. Describe several ways in which you see software changing or offecting your profession.

Jawapannya :

1. Arkitek :
- ukuran sesuatu objek dapat diukur dengan lebih tepat berbanding yang biasanya.
- dapat melihat sesuatu objek dari pelbagai sisi
- nampak lebih kemas
- dapat melakuka perubahan warna dengan mudah berbanding yang manual.
- boleh dilakukan dengan pelbagai bentuk

Kesannya :

- Kerja dapat dilakuka dengan lebih kemas, teratur dan sistematik.
- Pembentangan nampak lebih kemas
- Pemahaman terhadap pembentangan tersebut lebih baik dengan menggunakan komputer kerana
dapat dilihat melalui video dan sebagainya.

2. Pereka laman web :
- dapat membuat pelbagai bentuk
- boleh dibuat dengan pelbagai teknik dan cara

Kesannya :

- menarik orang ramai untuk menggunakan laman web yang kita lakukan
- orang ramai dapat melihat hasil kerja kita

3. Setiausaha :
- dapat membuat kerja dengan pantas
- dapat mengetahui jadual kerja bos
- kerja dapat dilakukan dengan lebih mudah, dan cepat

Kesannya :

- kerja nampak lebih kemas
- data-data dan maklumat bos dapat diketahui dengan cepat.
- memantapkan kredibiliti dalam melakukan sesuatu kerja

Sunday, July 20, 2008

Pembelajaran CSC 1012

Hari ini saya belajar sesuatu di kelas tutorial hari ini dan soalannya sebegini...Bila anda membuat satu transaksi,byk syarikat menggunakan komputer dan sistem maklumat utk mengumpulkan data tentang anda seperti nama anda, alamat, nombor telefon, hobi, dan rekod pinjaman dan keluarga anda tanpa persetujuan dan tanpa memberi anda peluang untuk mengenal pasti maklumat tersebut. apakah potensi masalah yang anda lihat dlm kes diatas? Terangkan jawapan anda...

Dlm kes sebegini masalah yang dihidapi seseorang ialah dengan mendpt ancaman bunuh dari seseorang yang tidak suka atau benci kepada kita. Selain itu, menggunakan data kita sesuka hati. contohnya menggunakan data kita untuk membuat pinjaman dan kita yang menanggung akibatnya malah menyebarkan cerita yang tidak baik kepada kita dan banyak lagi akibatnya.....

Cara utuk kita atasi masalah ini ialah dengan menggunakan kata kunci atau password supaya seseorang tidak dapat membuka data kita dan kita hanya boleh memberikan kepada seseorang yang boleh dipercayai untuk mengetahui data kita. Selain itu, menguatkuasakan lagi undang-undang dengan lebih kuat lagi supaya masalah seperti ini tidak akan berlaku.. dan banyak cara lagi yang kita boleh lakukan dan dengan cara ini data kita akan dijamin selamat...itulah pembelajaran yang saya dapat ketahui pada hari itu...

Monday, July 14, 2008

Mengenali diri saya....


Aiii.....nama saya mai...still sweet 19....stil study kat ktiam..saya mengambil jurusan undang-undang dan syariah..mempunyai 5 orang adik beradik dan saya anak keempat dan mempunyai kembar yang belajar ditempat yang sama tapi berlainan jurusan..mempunyai abang dan kakak..saya seorang yang peramah,baik hati dan nakal..hehehehe....kadang-kadang saya mengikut mood juga..tak tentu..saya suka aktiviti-aktiviti lasak kerana ia mencabar bagi saya. itu sahaja pada kali ini.........

pYzam Page Pets
pYzam Page Pets